Monday, January 28, 2013

Polis Akan Selamatkan Seorang Lagi bayi Yang Dijual Sindiket

Bayi
BUTTERWORTH 27 JAN : Polis akan menyelamatkan seorang lagi bayi yang dijual oleh satu sindiket menjual bayi dan kanak-kanak, yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak dalam masa terdekat.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya akan mengambil bayi itu daripada keluarga yang membelinya menerusi sindiket tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam siasatan.
"Kita dah tuduh lima orang, dan kita akan tuduh lagi. Reman kesemua suspekakan berakhir pada 30 Jan ini. Kita akan majukan perkara ini kepada Ketua UnitPerundangan Pulau Pinang untuk mendapat arahan lanjut... untuk pertuduhanselanjutnya," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.
Khamis lepas, polis Pulau Pinang membongkar sindiket menjual bayi dankanak-kanak yang bergerak aktif di Kedah dan Perak apabila menahan 33 individuserta menyelamatkan lapan bayi dan seorang kanak-kanak.
Mereka yang ditahan dalam operasi hasil risikan dan maklumat awam sejak awalDisember hingga minggu ini, berusia antara 23 dan 52 tahun, antaranya penjawatawam di Jabatan Pendaftaran Negara serta doktor pusat perubatan swasta.
Abdul Rahim berkata pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah bagimenempatkan kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu di JabatanKebajikan Masyarakat.
Mengulas kes tahanan lolos dalam kejadian 7 Jan lepas, Abdul Rahim berkatapolis yakin dua yang masih bebas iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham AbdulRahman, 39, berada di kawasan Operasi Kesan Gelugor.
"Saya yakin dan percaya mereka masih dalam kawasan operasi kita. Saya menyeru kepada kedua-dua suspek supaya menyerah diri secepat mungkin. Walau macam manapun, satu hari kita dapat tangkap mereka juga, di mana nak lari dekat Malaysia ni," katanya.
Dalam insiden itu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka diberkas semula berhampiran van polis itu, yangditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor pada hari kejadianmanakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah keretadi Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini, tiga hari kemudian.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenalisebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.
Jumaat lepas, tiga tahanan yang ditangkap semula iaitu Mohamad Farid Akhtar,24, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, dan Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26,mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas lima pertuduhan termasukmencederakan empat anggota polis pengiring.BERNAMA

Dua Kertas Siasatan Diserah Berhubung Insiden Rosak, Bakar Kenderaan JPJ

Datuk Mohd Shukri Dahlan
IPOH, 27 JAN : Polis menyerahkan dua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini berhubung kemalangan membabitkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung di Sitiawan pada 11 Jan lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kertas itu melibatkan siasatan kejadian kemalangan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kanun Keseksaan berhubung perbuatan merosak serta membakar kenderaan terbabit.
"Polis turut mencadangkan pendakwaan dilakukan terhadap beberapa individu tertentu yang dirasakan bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan," katanya kepada pemberita Ahad.
Beliau berkata polis menyiasat semua aspek termasuk mengambil keterangan tiga pengawai JPJ serta sejumlah saksi selain laporan polis yang berlainan versi oleh pihak yang terlibat dalam kemalangan itu.
Katanya, polis juga menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakanseterusnya sama ada siasatan lanjut perlu dijalankan berhubung kedua-dua kertas siasatan.
Mohd Dahlan juga berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan hasil siasatan kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan fakta.
Beliau berkata enam suspek ditahan bagi membantu siasatan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda JPJ Seri Manjung diterbalik dan dibakar orang ramai di Kilometer 12 Jalan Sitiawan-Ipoh di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.
Kemalangan itu, yang membabitkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta sedan, sebuah jip serta sebuah motosikal, mengakibatkan empat orang cedera parah dan 11 cedera ringan.BERNAMA

Sunday, January 27, 2013

Indeks Jenayah Kedah 2012 Turun 5.41 Peratus

Datuk Ahmad Ibrahim
ALOR SETAR, 27 JAN : Indeks jenayah di Kedah mencatatkan penurunan sebanyak 5.41 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim.
Beliau berkata sebanyak 10,523 kes jenayah dilaporkan bagi tahun 2012 berbanding 11,126 kes pada tahun sebelumnya manakala kadar penyelesaikan kes jenayah adalah sebanyak 47 peratus.
"Daripada 47 peratus kadar penyelesaian kes jenayah, kes yang membabitkan pertuduhan di mahkamah adalah 30 peratus dan bakinya tiada bukti kukuh untuk mensabit orang yang boleh dituduh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disini Ahad.
Ahmad berharap indeks jenayah di Kedah akan terus menurun tahun ini selaras dengan polis kontinjen negeri disenaraikan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha mencegah jenayah mulai 1 Jan lepas.
"Sasaran penurunan itu mampu dicapai dengan meningkatkan rondaan bermotosikal dan kereta peronda polis (MPV) khusus di kawasan titik panas," katanya.
Menurutnya, polis akan meningkatkan sekatan jalan raya dan menambah waktu rondaan di kawasan strategik termasuk menggunakan khidmat anggota sukarelawan polis (PVR).-- BERNAMA

Friday, January 11, 2013

Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan


Photo Sumber Web Malaysiakini

Ayer Tawar, 11 Jan - Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.Timbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.


















Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu. - (Malaysiakini)

Lain2 Gambar boleh dapatkan disini [54 gambar] : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151615024818626.603581.553993625&type=1