"Kita sedang melihat elaun-elaun (baru) sebelum dikemukakan kepada kerajaan," katanya.
Beliau berkata sebelum ini kerajaan telah meluluskan elaun khas juruterbang, komando dan para.
Kajian kini dijalankan bagi memperkenalkan elaun-elaun kepada pasukan lain berdasarkan kepada kemahiran dan tugas masing-masing, katanya kepada pemberita selepas melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata buat masa ini tiada perbincangan tentang kenaikan gaji dibuat cuma ATM akan mengemukakan cadangan mengenai elaun-elaun untuk kemudahan anggotanya.
Beliau berkata fokus ATM adalah memastikan kemahiran dan keupayaan anggotanya berada pada tahap tinggi manakala soal gaji terpulang kepada kerajaan.Kali terakhir skim gaji anggota dan pegawai tentera dinaikkan ialah pada tahun 2004.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata masalah kekurangan anggota dan kapal yang dialami TLDM apabila ia menyerahkan anggota dan kapal kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) tidaklah meruncing."Memang timbul masalah apabila TLDM menyerahkan kepada APMM tetapi ia tidak meruncing...cuma akan makan masa sedikit untuk melatih individu memiliki kepakaran dan pengambilan baru akan dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas masalah TLDM apabila 1,300 anggota dan 17 buah kapalnya diserapkan ke APMM tahun lepas.Abdul Aziz memberi jaminan TLDM berupaya menjaga kedaulatan dan integriti wilayah maritim negara.
"KD Kedah kini berada di Lautan Hindi bagi ujian ketahanan dan ia telah dapat menjalankan operasi dengan amat memuaskan," katanya.
KD Kedah dan KD Pahang yang dibina di Lumut merupakan kapal tercanggih TLDM pada masa ini dan empat buah NGPV sedang dalam pembinaan.(BERNAMA)