Monday, January 28, 2013

Polis Akan Selamatkan Seorang Lagi bayi Yang Dijual Sindiket

Bayi
BUTTERWORTH 27 JAN : Polis akan menyelamatkan seorang lagi bayi yang dijual oleh satu sindiket menjual bayi dan kanak-kanak, yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak dalam masa terdekat.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya akan mengambil bayi itu daripada keluarga yang membelinya menerusi sindiket tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam siasatan.
"Kita dah tuduh lima orang, dan kita akan tuduh lagi. Reman kesemua suspekakan berakhir pada 30 Jan ini. Kita akan majukan perkara ini kepada Ketua UnitPerundangan Pulau Pinang untuk mendapat arahan lanjut... untuk pertuduhanselanjutnya," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.
Khamis lepas, polis Pulau Pinang membongkar sindiket menjual bayi dankanak-kanak yang bergerak aktif di Kedah dan Perak apabila menahan 33 individuserta menyelamatkan lapan bayi dan seorang kanak-kanak.
Mereka yang ditahan dalam operasi hasil risikan dan maklumat awam sejak awalDisember hingga minggu ini, berusia antara 23 dan 52 tahun, antaranya penjawatawam di Jabatan Pendaftaran Negara serta doktor pusat perubatan swasta.
Abdul Rahim berkata pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah bagimenempatkan kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu di JabatanKebajikan Masyarakat.
Mengulas kes tahanan lolos dalam kejadian 7 Jan lepas, Abdul Rahim berkatapolis yakin dua yang masih bebas iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham AbdulRahman, 39, berada di kawasan Operasi Kesan Gelugor.
"Saya yakin dan percaya mereka masih dalam kawasan operasi kita. Saya menyeru kepada kedua-dua suspek supaya menyerah diri secepat mungkin. Walau macam manapun, satu hari kita dapat tangkap mereka juga, di mana nak lari dekat Malaysia ni," katanya.
Dalam insiden itu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka diberkas semula berhampiran van polis itu, yangditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor pada hari kejadianmanakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah keretadi Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini, tiga hari kemudian.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenalisebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.
Jumaat lepas, tiga tahanan yang ditangkap semula iaitu Mohamad Farid Akhtar,24, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, dan Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26,mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas lima pertuduhan termasukmencederakan empat anggota polis pengiring.BERNAMA